ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
pejam celik pejam celik, tinggal 16 hari je lagi kita umat Islam akan menyambut bulan ramadan..tak sabar rasanya nak menyambut bulan ramadan tahun ni..saya percaya setiap umat Islam msti ternanti2kan bulan yang mulia ni kan.. :)
mana taknye, kita berpuasa bukan puasa yang kosong je, dapat pahala lagi tu..bulan ramadan ni la masa kita nak rebut pahala bnyk2 kan..serius la, rase cam xsabar sgt nak smbut bulan puasa tahun nie..hehehe..
mana taknye, kita berpuasa bukan puasa yang kosong je, dapat pahala lagi tu..bulan ramadan ni la masa kita nak rebut pahala bnyk2 kan..serius la, rase cam xsabar sgt nak smbut bulan puasa tahun nie..hehehe..
untuk yg membaca, kat bwah ni saya ada selitkan juga amalan2 yang bole kita buat time bulan puasa nanti..insyaAllah bole la kita same2 amalankan :)
1. berpuasa di bulan ramadan
Sabda Rasulullah SAW:
“Ertinya : Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)
insyaAllah, bagi yang mampu bolehlah kita same2 berpuasa penuh time bulan puasa nantikan..jangan puasa yang2 yok, pagi2 bukak periuk da la..hehehe..tp kalau untuk saya, puasa xpenah penuh..ada je cuti yg Allah nak bagi..hehe..ape bole buat.. :D
2. Qiyamu Ramadhan iaitu Solat Sunat Tarawih
Sabda Rasullulah SAW:
“Ertinya : Barang siapa yang mendirikan Qiyamu Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” ( Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)
masyaAllah, hadis ni jelas menerangkan bahawa sape2 je yg melakukan solat sunat terawih dengan penuh keimanan, pasti Allah ampunkan dosa kita..saya akui puasa sebelum2 ni mmg saya jarang nk solat sunat tarawih. InsyaAllah, kalau diberi kesempatan tahun ni, nak sgt buat solat sunat tarawih ni..sedar diri ni byk sgt dosa yg da buat..perlu segera meminta ampun kepada Allah.. :)
3. Bersedekah di Bulan Ramadan
bentuk2 sedekah pada bulan Ramadan:
ღ memberi makanan
Sabda Rasullullah SAW:
“Ertinya : Seorang mukmin yang memberikan mukmin yang lapar maka kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadit Hasan Riwayat Tirmidzi)
ღ memberi makan orang yang berbuka puasa
Sabda Rasulullah SAW:
“Ertinya : Barang siapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa tadi.” (Hadits Riwayat Imam Ahmad, An Nasa’i dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah)
4. mencari malam Lailatul Qadar
sabda Rasulullah SAW:
“Ertinya : Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” (Al-Qodr: 1-5)
5. membanyakkan zikir, doa dan istifar di bulan Ramadan
Siang dan malam hari di Bulan Ramadhan adalah waktu yang memiliki keutamaan, maka isilah dengan memperbanyak zikir, doa, istighfar, khususnya di waktu-waktu tertentu dikabulkannya doa, antara lain iaitu:
▶-Waktu berbuka puasa. Bagi orang yang berpuasa ketika berbuka puasa memiliki doa yang tidak akan ditolak oleh Allah S.W.T
▶Sepertiga malam yang terakhir, saat Allah Subhanahu Wa Ta’ala turun ke langit dunia.
▶Beristighfar di waktu sahur. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Ertinya : Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.” (Adz- Dzariyat: 18)Beberapa perbuatan yang harus kita tinggalkan atau jauhi di bulan Ramadhan, diantaranya:
♥ Menjadikan malam seperti siang dan menjadikan siang seperti malam. Maksudnya di malam hari dihabiskan untuk berjaga sambil bersembang, menonton TV atau perbuatan sia-sia. Sementara di siang hari dihabiskan untuk tidur.
♥ Berlebih-lebihan dalam makan dan minum
♥ Berkumpul bersama kawan-kawan untuk kegiatan yang sia-sia, mengata, mengumpat, gosip dan sebagainya.
♥ Terlalu cepat makan sahur, lalu tertidur saat waktu solat subuh sehingga tidak solat subuh berjama’ah di masjid/surau.
akhir kata dari saya, selamat menyambut kedatangan bulan ramadan yang bakal tiba kurang dr 2 minggu lg..sama2 lah kita amalkan amalan yang ada kat atas ni..maaf kalau ada tersilap kata.. :)
(kenapa cam skema je ayat aku ni, hehehhe..bantai je la.. :D )
No comments:
Post a Comment